Saturday 29 May 2010

Muhajirin dan Ansar di Nottingham


15, Lonsdale Road, NG7 3DU: Rumah host tempat kami menumpang
Ketika hijrah umat Islam dari Mekah ke Madinah 1432 tahun yang lalu, Nabi saw telah mempersaudarakan kaum Muhajirin (orang-orang Islam yang berhijrah dari Mekah) dengan kaum Ansar (orang-orang Islam di Madinah). Setiap sahabat Nabi yang berhijrah dari Mekah dipersaudarakan dengan sahabat Ansar. Sahabat-sahabat Ansar memberikan layanan yang cukup baik kepada sahabat Muhajirin. Mereka ditawarkan rumah, kebun bahkan isteri. Sungguh hebat peristiwa ini. Kepentingan diri dikorbankan demi ukhuwwah sesama Islam walaupun baru sahaja mereka bertemu. Atas dasar Islam dan Iman mereka bersaudara. Dengan bersungguh-sungguh mereka utamakan sahabat-sahabat mereka.

Pun begitu, turut tercatat peristiwa seperti Saidina Abdul Rahman Auf yang hanya mahukan ditunjukkan kepadanya pasar untuk beliau berniaga. Peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa, walaupun kaum muhajirin ditawarkan dengan pelbagai tawaran hebat dari kaum Ansar mereka tidaklah mengambil kesempatan. Tetapi hanya mengambil sekadar yang diperlukan sahaja.

Di Nottingham, sudah menjadi rutin sekiranya ada keluarga pelajar dari Malaysia yang berpindah ke mari akan di berikan satu 'host'. Keluarga yang baru datang akan tinggal di rumah 'host' sehingga mereka mendapat rumah sendiri. 'Host' akan turut membantu keluarga yang baru datang untuk 'settle down' disini. Alhamdulillah, keluarga kami telah dipersaudarakan dengan keluarga Abang Fadil dan Kak Farizah. Kami rasa bersyukur kepada Allah kerana dipersaudarakan dengan mereka. Sikap ramah dan mesra mereka menjadikan tidak kekok langsung berada disini. Semoga peristiwa hijrah di zaman nabi akan menjadi pedoman buat kami untuk menjadikan persaudaraan di Nottingham ini benar-benar bermakna. Dan mudah-mudahan persaudaraan ini akan membuahkan ukhuwwah fillah yang berkekalan hingga ke akhirat.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Abang Fadil dan Kak Farizah (Kak Chik) kerana sudi menerima kami sebagai tetamu.
Read more...

Friday 28 May 2010

Kereta untuk mencari keredhaan Allah

Klik atas gambar untuk tengok lebih jelas.

Alhamdulillah, kami dah dapat sebiji MPV untuk kegunaan kami di Nottingham, Uk ni. Dibeli dari seorang pelajar PhD dari Malaysia yang dah nak balik.
Harganya GBP700. Insuran GBP415. Roadtax GBP112 untuk 6 bulan. MOT(ala-ala Puspakom) alhamdulillah owner asal dah buat untuk setahun. Disini harga kereta memang murah, tap...i yang lain-lain tu yang tak tahan. Insuran, kalau tak buat sungguh-sungguh boleh jadi lebih mahal dari kereta. Alhamdulillah, Allah bagi ilham sampai leh dapat only GBP415 yang boleh dikatakan agak murah untuk kereta MPV. Doakan agar kereta ini bakal membantu untuk mendekatkan kami kepada Allah.
Read more...

Tuesday 25 May 2010

Porter: Bantuan dari Allah















Selepas mendarat. Sebelum keluar dari perut kapal

Alhamdulillah, selepas 14 jam di udara, kami selamat sampai di Heatrow, London pada jam 7 petang waktu UK (2 pagi waktu Malaysia). Kamilah penumpang terakhir yang keluar dari kapal terbang. Anak-anak dikejutkan dari tidur lebih awal untuk menyiapkan untuk berjalan keluar dari airport. Hakikatnya, 2 pagi waktu Malaysia ialah waktu tidur.

Tiba di Heatrow kami perlu melepasi pemeriksaan imigresen juga pengesahan kesihatan. Alhamdulillah, kami tidak perlu beratur panjang kerana ada 'fast lane' untuk keluarga dengan anak-anak kecil. Inilah rezeki dari anak-anak, syukur kepada Allah. Di sini, passport dengan visa akan diperiksa. Kemudian, disebabkan kami akan berada lama disini, kami juga dikehendaki menunjukkan keputusan x-ray yang telah dibuat di Malaysia . Tiada sebarang masalah kepada kami untuk melepasi semua ini kerana telah dimaklumkan lebih awal. Alhamdulillah, Allah mudahkan.

Perjalanan kami ke UK yang turut ditemani oleh 121kg barang ditambah dengan 3 'hand luggage' dan satu beg laptop adalah sesuatu yang amat membimbangkan. Di KLIA, tidaklah menjadi masalah besar kerana kami dibantu oleh sanak saudara yang menghantar kami. Tetapi yang bakal menjadi masalah ialah apabila tiba di Heatrow, London. Bagaimanakah kami suami isteri dengan tiga anak kecil nak membawa barang keluar dari airport. Dengan nak kena istihar pada kastam lagi. Satu isu besar yang cukup membimbangkan. Pun begitu, kami selalu ingat bahawa doa orang musafir insyaAllah akan dimakbulkan. Justeru, kami terus berdoa kepada Allah agar dimudahkan segala urusan.

Selepas proses imigresen, kami pun bergerak ke tempat pengambilan barang. Sebaik turun dari tangga mata kami terus melirik kepada satu troli bertulis 'porter'. Apa benda ni? Terus saya bertanya seorang lelaki india yang memakai baju bertulis porter. Katanya, mereka menyediakan servis untuk menghantar barang hingga keluar dari airport. Alhamdulillah, itulah bagi kami bantuan dari Allah. Doa musafir kami di makbulkan Allah. Lelaki india porter tersebut menolong kami mendapatkan semua barang dari 'belt' dan seterusnya menolak troli ini keluar. Servis ini mengenakan bayaran 18 pound.

Setelah itu, kami perlu melalui kastam untuk mengistiharkan barang-barang. Disebabkan ada makanan yang dibawa, maka kami masuk melalui pintu merah. Sampai diruangan itu, kami mencari kastam. Tiada pegawai yang bertugas disitu. Lalu porter mencadangkan agar saya membuat panggilan di telefon yang ada diruang itu. Terus ditelefon, bercakap dengan pegawai di talian telefon dan pegawai itu bertanya apa yang mahu saya istihar. Saya cakap ada rempah ratus untu masakan. Selepas beberapa soalan lain yang dijawab dengan hanya dengan 'NO', kami diberikan kelepasan untuk berlalu tanpa perlu membuka kotak-kotak barang yang banyak. Alhamdulillah, satu lagi bantuan dari Allah.

Pengalaman kami di Australia, jelas menunjukkan bahawa di Heatrow, pemeriksaan kastamnya tidaklah terlalu ketat. Jika di Australia, semua barang yang hendak dibawa akan melalui mesin untuk diperiksa dengan teliti. Sukar sekali untuk melepasi kawalan kastam di Australia. Tetapi di Heatrow, tidaklah terlalu tegas. Jika kami melalui pintu hijau pun, tiada sebarang pemeriksaan akan dilakukan. Itu yang kami nampak. Wallahualam.















Troli porter yang penuh dengan barang kami selepas melepasi kastam

Selepas kastam, porter tersebut turut membantu kami dengan menelefon kawan kami yang akan menyambut di sini iaitu Tazli dan Firdaus. Selepas hampir 15 minit mereka tiba di airport. Porterlah yang membantu menunjuk jalan keluar seterusnya berjumpa dengan Tazli dan Firdaus serta memasukkan semua barang-barang dalam kenderaan mereka. Alhamdulillah, semuanya selamat.

Syukur kepada Allah dan terima kasih kepada semua yang membantu. Semoga Allah memberikan kita semua kebahagiaan di dunia dan akhirat. Read more...

Dua Kapal Terbang?

Perjalanan kami ke London di uji dengan satu lagi episod. Episod dua kapal terbang. Kami sepatutnya berlepas jam 10.05 pagi waktu Malaysia. Dah duduk diam-diam dalam kapal terbang, semua penumpang dah sedia nak terbang, tetiba kapten kapal kata pintu kargo tak leh tutup. Jurutera sedang bertungkus lumus nak tutupkan pintu tu.




Kapal terbang pertama (MH004) yang tak boleh terbang




















Ammar & Aisyah dah sedia nak terbang (dalam kapal terbang pertama)

Lepas setengah jam, masih tak leh tutup, kapten kata kemungkinan besar kami semua kena tukar kapal. Selepas sejam, barulah kapten 'confirm' yang kapal tak boleh terbang hari ini. Katanya, " Kapal terbang ini sah tidak boleh terbang pada hari ini." Dalam kepala kami, kena balik rumah dulu ke hari ini. Lepas tu baru dia sambung, " Kita tukar kapal terbang, dijangka berangkat jam 12.30. Pun begitu, bukanlah senang untuk saya dan isteri dengan bayi dan dua anak dengan 'hand luggage' yang agak banyak dan berat pulak untuk pindah kapal terbang. Jauh pulak nak berjalan ke terminal lain, hanya Allah yang beri kekuatan. Dalam perjalanan, sempat juga kami berhenti makan 'Apple Pie Burger King' gara-gara perut dah lapar. Rezeki dari Allah.
















Dalam perjalan ke kapal terbang ke-2. Ada shuttle yang Ammar bawak belakang tu tapi tak jalan. :)

Alhamdulillah, masuk pesawat ke dua jam 12.30, jam 1 terus berlepas.
















Ammar dah layu dan Aisyah terus tido sebaik masuk kapal terbang kedua.

Pengajarannya:

1. Jangan bawak banyak 'hand luggage'. Walaupun kami tahu sebelumnya, tapi kami ni terpaksa sebab banyak sangat barang nak bewak ke UK. 120 kg (maximum) dah masuk kargo. Bakinya itulah yang kami bawak naik ke atas.

2. Doalah kepada Allah selalu, zikir dengan ' Lahaulawalaquwwataillabillah'. InsyaAllah, mampu memberi kekuatan kepada kita dalam menghadapi segala musibah dan dugaan.

Allah Maha Mengetahui. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Read more...

Monday 24 May 2010

Journey Begins

By Ummu Ammar

Saying GOODBYE can be very difficult, especially when it means leaving family, friends and familiar surroundings behind. No words can ever describe our feelings from the moment we left Sidam (Wednesday,20May) and Manjoi (Friday,21 May). We started the journey with Azan by Ayah & it was so touching. Huhuhu...i'm now crying.It was a difficult moment in our hearts and it ended in KLIA on 23 May 2010 whre KLIA was sort of "flooded" with our tears again (after 5 years we left for Perth in 2005). Let us (oopss,me) forget the sad episode & how to overcome it?


Last moment in Kedah with Tok, Mak, Ayah and Yati

Very touching azan by Ayah

1. Let's have a window open in our hearts for there will be new family & friends to hold each other and of course new challenges to meet!

2. Nawaitu..InsyaAllah this would be the strength in starting a new life far from home. Seeking knowlegde for the sake of Mardhatillah as part of Sunnah and that's the gold mission to be accomplished! Hubby already achieved it in Perth & now we together with 3 kids have to "all-out" in UK for the next three years, InsyaAllah. May Allah bless our journey.

3. Death will be the end of our life. We must always prepare to live after that (in the hereafter).

Ammar&Aisyah enjoying themselves in Tazli's bathroom now. It looks like 'hotel'for them because there is a bath tub:) inyaallah, the journey begins& till we meet again.

Travel is a means to an end, to a new place call home.
Read more...

Monday 10 May 2010

Blogging to seek Mardhatillah..

After sometime not blogging. Now I am back to share something through this blog for the to seek blessing from The Almightly Allah.

My wife and I have decided to share this blog and keep writing for the same purpose. The purpose is no other but only to seek blessing from Allah. We decided to share something and everything that can bring all of us closer to the Creator. We will share our journey, experience, knowledge and everything that may be useful for us and others. May Allah gives us the strength.InsyaAllah. Read more...